(SARJANA PERLU MENELITI SEMULA TUHFAT AL-NAFIS BERSAMA HIKAYAT BANJAR, HIKAYAT PATANI DAN JUGA HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA KERANA HISTORIOGRAFI INI BERKAIT RAPAT - TUNKU KUDIN TUNKU YAACOB)
MEMBACA tulisan Asrul Effendi Kamaruzzaman 'Pertikaian politik alam Melayu dalam Kitab Tuhfat Al-Nafis' dalam Sastera dan Budaya (Berita Harian 4 Mei 1999), saya rasa terpanggil dan ingin berkongsi pengetahuan mengenai pertikaian politik di Kedah dalam Kitab Tuhfat Al-Nafis secara ringkas dengan merujuk kepada penelitian dan tulisan orientalis yang ada di Perpustakaan Awam, Alor Setar.
Sepuluh tahun lalu saya menulis perkara yang sama dengan hanya merujuk kepada dua buah teks saja iaitu Al-Tarikh Salasilah (karya Mohamad Hassan Datuk Kerani Mohamad Arshad) dan Kedah 1771-1821 The search for Security and Independence. (R.Bonney)
Tajuknya 'Campur tangan Bugis di Kedah - Titisan Bugis terakhir memerintah Negeri Kedah ialah Tunku Mohd Said' [Berita Minggu, 1 Feb 1987].
Mengikut Al-Tarikh Salasilah, Tunku Mohd Said menjadi Raha Muda Kedah dari 12.11.1263H hingga 13.6.1270H.
Saya ingin mencatatkan tulisan J.M. Gullick berhubung Tunku Mohd said - "Tunku anum died in 1853 and in 1864 the Sultan regained control of the northern district of Kubang Pasu which the Siamese had assigned to him in 1842. The real opposition within Kedah was the rump of the party, which had advocated and practised war to the bitter end against the Siamese. Their leader was Tunku Mohd. Said who had been accommodated with the position of Raja Muda during the short reign of the Sultan's father and who made unsuccessful bid for the throne when it fell vacant in 1854. Nothing more is heard of Tunku Mohd. Said and the "Many rajas and court officials who had supported him in 1854".[hlm.76, Alor Setar 250 Tahun]
Tunku Mohd. Said di tabal sebagai Raja Muda oleh ayahanda mentuanya Sultan Zainal Rashid (1845-1854)
Tunku Mohd. Said adalah putera Tunku Abdul Rahman bin Tunku Radin Muhamad atau lebih terkenal dengan nama Tunku Long Putih.
Tunku Radin Muhamad berkahwin dengan Tunku Jam-Jam puteri Sultan Abdullah Mukaram Shah (1778-1797)
Dengan perkahwinan ini tamatlah permusuhan Bugis/Kedah yang membabaitkan Selangor berlanjutan hampir 100 tahun.
Permusuhan ini bermula dengan tuntutan takhta oleh Tunku Ngah Putera (putera Raja Jung Tawa)cucu Sultan Dhiauddin Mukaram Shah 1 (1661-1687) berlarutan selepas itu dengan peristiwa yang sama di antara Tunku Long Putera dan Tunku Anjang dengan ayahanda mereka Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710-1778).
Dalam peristiwa di atas selain yang tercatat dalam Bab 25 - Peristiwa di Kedah dan Terengganu dan Bad 26 - Raja Haji menyerang Kedah (Tuhfat Al-Nafis - Siri kajian Sastera Fajar Bakti oleh Virgina Matheson), saya dapati ada satu lagi kajian oleh Barbara Watson Andaya " The Role of the Anak Raja in Malay History: a case study from eighteenth Century Kedah". (Journal of Southeast Asian Studies, Vol:7, No.2, 1976) yang banyak memaparkan dengan jelas urutan pertikaian itu dan jadi mudahlah kita memahami sejarah yang sebenarnya.
Di sini saya ingin menambah iaitu adalah Tunku Radin Muhamad (Tunku Long Putih) ialah putera Tunku Hussin bin Tunku Ibrahim (sultan Ibrahim) ibni sultan Sallehuddin (Raja Lumu). [ Lihat juga Palembang in 1811 and 1812 dalam Eassys on Indonesian & Malayan History oleh John Bastin]
Dan Tunku Dhiauddin (Tunku Kudin Kelang) ialah menantu cucu Tunku Radin Muhamad Tunku Long Putih) dan kemudiannya cucu Tunku Dhiauddin yang bernama Sharifah Mastura berkahwin dengan Tunku Musa Iddin (Raja Muda Selangor).
Tidak hairanlah Tunku Dhiauddin (Tunku Kudin) mendapat sokongan rakyat Selangor ketika menjadi Viceroy Selangor. Itulah sejarah yang sebenarnya.
Kesimpulannya saya syorkan sebagai mana disarankan oleh Profesor Ungku Maimunah Mohd. Tahir peri pentingnya sejarah yang di warisi dari Barat itu diteliti semula.
Justeru itu adalah wajar para sarjana tempatan mengkaji dan menliti semula Tuhfat Al-Nafis bersama Hikayat Banjar, Hikayat Petani dan juga Hikayat Merong Mahawangsa kerana keempat-empat historiografi ini berkait rapat.
Dan dengan itu akan berhasillah satu tafsiran yang lebih tepat atau jelas tentang politik alam Melayu.
Mari kita berpolemik - tak mungkinkah Hikayat Banjar di karang oleh syeikh Arsyad Banjar, Hikayat Patani di karang oleh syeikh Daud Al-Fatani dan Hikayat Merong Mahawangsa di karang oleh Syeikh Abdul Samad Al-Palembani.
Ketiga-tiga mereka berada dalam jarak waktu yang sama dengan pengarang Tuhfat Al-Nafis.
Catatan mereka memberi arah untuk kita menyelam mutiara sejarah bangsa Melayu.
No comments:
Post a Comment